Lawatan ke BB Mushroom Sibu Sarawak - CENDAWAN TIRAM KELABU

Lawatan ke BB Mushroom Sibu Sarawak


Gambar bersama owner BB Mushroom

Memulakan sesuatu perkara/pekerjaan bukan perkara yang mudah kerana pasti akan menghadapi pelbagai cabaran . Dan bila memulakan pula , pada chapter yang pertama lazimnya yang paling teruk , perit dan gagal. Sebagai insan yang serba kekurangan adalah bukan alasan untuk tidak terus maju . Antara inisiatif saya adalah melawat ke ladang cendawan BB Mushroom Company iaitu di jalan Salim Sibu . Siapa BB mushroom company ni ? BB Mushroom ni adalah antara pengusaha otai di Sibu dimana sudah genap 7 tahun perusahaan mereka . Kedatangan saya ke sana adalah bukan setakat untuk melawat ladang tetapi berkongsi pendapat ( mengenai harga cendawan dan marketing ) , mendengar pengalaman mereka, tips-tips teknik -teknik pengusahaan cendawan dan membeli habuk kayu getah dari mereka . 
Produk mushroom BB Mushrooms

Sepanjang lawatan saya dapati mereka bukanlah orang biasa kerana pernah dikritik bahawa cendawan ini tiada masa hadapan .Paling teruk apabila rumah mereka hangus dijilat api serta 5 000 bongkah mereka lesap dalam sekelip mata tambahan Puan BB baharu sahaja melahirkan anak dia , ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga . Dan sekarang produk BB mushroom company gah di Farley Sing Kwong , Everwin , Kim Hok (Sibu Jaya) malah produk dia menjangkau ke Mukah jadi benarlah kata kata Les Brown bahawa masalah datang bukan untuk kekal tetapi singgah sementara . Balik sahaja dari melawat ladang BB mushroom company adalah satu pengalaman yang baik dan menjadi bekalan hidup saya untuk chapter-chapter seterusnya .
BB Mushrooms

No comments

Powered by Blogger.