8 SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN - CENDAWAN TIRAM KELABU

8 SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN


LADANG CENDAWAN TIRAM


Tahukah anda bahawa cendawan adalah antara komoditi yang mendapat permintaan yang tinggi .

Berdasar pengalaman saya selama mengusaha perusahaan cendawan ini permintaan kian meningkat dari satu masa ke satu masa .

Sebelum memulakan perusahaan ini saya agak muskil dengan perusahaan cendawan ini khuathir tidak mendapat sambutan yang hangat . Ternyata fikiran ini adalah salah sama sekali , boleh dikatakan pendapatan yang dapat tiap bulan sedikit sebanyak membantu pembelajaan seharian saya .

Disini saya ingin  tekan bahawa mengusaha cendawan ini bukanlah ala-ala skim cepat kaya , senang buat duit atau tanam dan jual sahaja  hal ni kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum mendapat manfaat pengusahaan cendawan ini .

Disini saya akan kongsikan kepada para pembaca mengapa anda boleh menjana pendapatan yang baik dengan cendawan.


SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN...

_____________________________________________________

1.PERMINTAAN CENDAWAN SEGAR TINGGI
Cendawan yang segar mendapat permintaan yang tinggi . Disebabkan cendawan tiram kelabu ini cepat rosak maka cendawan ini tidak digemari diimport dari luar malah menyarankan para pengusaha untuk mengnawarkan cendawan segar . Dijadikan cerita  pengusahaan saya sendiri tidak mampu menampung permintaan cendawan segar  . Permintaan yang sangat tinggi apabila dekat perayaan dan awal dan akhir bulan sewaktu terima gaji . Meskipun ditempat saya sudah ada beberapa pengusahaan cendawan namun permintaan tetap ada dan konsistan . Oleh itu amat digalakkan untuk melabur dalam industri cendawan .

2.MODAL YANG KECIL DAN PULANGAN YANG LUMAYAN
Modal untuk mengusahakan cendawan ini tidak menelan belanja yang besar  . Hal ini kerana pengusaha boleh mengunakan material terbuang  atau mengunakan material yang murah untuk test market terlebih dahulu . Rata-rata untuk memulakan pengusahaan bajet bawah 20-30k sudah boleh memulakan perusahaan  secara kecil-kecil .

3.TIDAK MEMERLUKAN RUANG YANG BESAR
Perusahaan cendawan ini tidak memerlukan ruang yang besar hal ini kerana pengusaha akan membuat rak untuk tempat meletak bongkah cendawan .
Lantas dengan mengunakan kaedah rak ini menjimat dan mengmaksimakan pengunaan ruang . 2 parking kereta sahaja boleh memuatkan sehingga 1 000 bongkah cendawan ( bergantung dengan saiz bongkah cendawan dan jumlah tingkat rak ) .


4.TIDAK MENGUNAKAN TEKNOLOGI YANG KOMPLEK
Mengunakkan teknologi moden adalah satu bonus kepada perusahaan cendawan namun teknologi  rendah juga mampu menjana  pendapatan yang lumayan .
Aliran kerja dari  kompos cendawan hinggalah ke menuai cendawan hanya mengunakan peralatan yang mudah dan senang didapati dari kedai hardware berdekatan . Sebagai contoh mencampur kompos cendawan hanya memerlukan bebrapa tenaga manusia , skup , cangkul , air dan beberapa peralatan asas .


5.MENGUNAKAN BAHAN TERBUANG
Salah satu kebaikan dan kecantikan  mengusahakan cendawan adalah pengusaha mengunakan bahan terbuang . Bahan-bahan terbuang ini mudah diperolehi lantas kesinambungan pengusahaan cendawan tidak putus . Bahan terbuang seperti habuk kayu dan serkam padi antara perkara asas yang amat penting untuk perusahaan cendawan . 

6.TIADA PENGUNAAN RACUN [100% ORGANIK]
Pengunaan racun tidak digalakkan sama sekali untuk penanam cendawan . Cendawan amat terkenal dengan sifatnya yang peka dengan keadaan sekeliling malah menyerap aroma kawasan tersebut . Oleh itu pengusahaan cendawan hanya mengunakan peralatan mudah dan SOP tanpa pengunaan racun bagi  menanggani mahluk perosak dan jangkitan . 

7.PRODUK HILIRAN CENDAWAN BERPONTENSI BESAR
Produk hiliran cendawan tempatan belum lagi menyerlah seperti dinegara Indonesia dan Filipina . Antara produk hiliran cendawan adalah seperti sabun cendawan , keropok cendawan , burger cendawan , mee cendawan dan mushroom kits cendawan . Saya dapati kenapa produk-produk ini gagal diketengahkan adalah berpunca pengusaha cendawan yang masih sedikit oleh itu produk-produk hiliran gagal ditonjolkan . 
 
8.BANTUAN DARI KERAJAAN
Perusahaan cendawan ini juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan . Salah seorang pengusaha BB Mushroom Company di Sibu mendapat bantuan daripada jabatan Pertanian Sarawak untuk mengurus pengusahaan cendawan beliau . Dengan bantuan dari kerajaan ini maka semakin rancak perusahaan cendawan .

Saya berharap setelah membaca artikel saya ini , mungkin terbuka minda untuk mengusaha cendawan ini .Begitu banyak potensi pengusahaan cendawan ini dari penjualan cendawan segar , latihan dan produk hiliran amatlah menguntungkan .

Namun kena diingatkan bahawa pengusahaan cendawan ini ada downsidenya . Untuk artikel seterusnya saya akan kongsi kepada pembaca perkara pahit mengusaha perusahaan  cendawan ini .

Jika anda menghargai artikel ini , sila like dan share artikel ini .

tag;

PROJEK TANAM CENDAWAN 




No comments

Powered by Blogger.