ANEH ! CENDAWAN MEKAH ? - CENDAWAN TIRAM KELABU

ANEH ! CENDAWAN MEKAH ?


cendawan mekah
GAMBAR ASAL WIKIPEDIA

Dunia cendawan amat menarik  ini terbukti kerana cendawan mempunyai pelbagai bentuk , warna , nama , ada boleh dimakan , ada yang tidak boleh makan  ,ada yang tidak boleh ditanam , ada yang mempunyai nilai komersial yang bagus , ada nilai perubat yang tinggi dan lain-lain .

Pernah dengar cendawan mekah ? Sekali terbaca seakan-akan cendawan ini berasal dari Mekah . Ternyata Cendawan mekah  berasal dari Asia Timur dan tersebar ke Jerman melalui Rusia sekitar pengantian abad ke-20 . 

Cendawan Mekah juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.

Pengunaan cendawan di Asia adalah tidak asing lagi kerana cendawan Mekah ini dipercayai mampu menyembuh pelbagai penyakit .

Cendawan mekah amat berlain dengan cendawan lain kerana bersifat gelatin dan liat  , dan jika dilihat secara kasar cendawan ini seakan seperti obor-obor atau piring . 
 
cendawan mekah
SUMBER GAMBAR WIKIPEDIA
Cendawan ini dikulturkan didalam balang . Didalam balang tersebut berisi air , benih cendawan mekah , gula .Kultur ini terhasil daripada simbiosis bakteria dan yis yang dikenali sebagai SCOBY Symbiotic Culture Of Bacteria and Yeast) . Setelah sampai satu tahap matang cendawan yang telah matang akan dihuraikan untuk menjadi penyembuh ajaib kepada pelbagai jenis penyakit .
 
Fakta menarik mengenai mengkulturkan cendawan mekah ini adalah cendawan mekah ini jika dikultur dengan cermat dan berhemah cendawan ini akan hidup sepanjang umur pemilik malah sehingga keturunannya.

Seperti cendawan yang lain , cendawan Mekah ini mempunyai khasiat tersendiri .Berikut merupakan kebaikan cendawan mekah ;


KEBAIKAN CENDAWAN MEKAH 

  1. Membantu melegakan masalah sembelit.
  2.  Menormalkan fungsi sistem penghadaman.
  3. Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
  4.  Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
  5. Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
  6. Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
  7. Membantu melegakan masalah buah pinggang.
  8. Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
  9. Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
  10. Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
  11. Membantu melegakan masalah ceret-beret.
  12. Sakit sendi dan tulang
  13. Menyembuhkan sakit kepala termasuk migrainen
  14. Menyembuhkan kencing manis
  15.  Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
  16.  Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
  17. Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
  18.  Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
  19. Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
  20. Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
  21.   Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
  22. Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
  23.   Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam    penyakit lainnya
  24.   Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
  25.    Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)


Ternyata cendawan mekah ini mempunyai tahap manfaat yang sangat tinggi .Sayang jika anugerah alam ini tidak dimanfaatkan dengan wajar .

Sila sebarkan kebaikkan cendawan Mekah ini dengan LIKE dan Share artkel ini .

No comments

Powered by Blogger.