RAHSIA MENGHASILKAN KOMPOS CENDAWAN YANG BAIK - CENDAWAN TIRAM KELABU

RAHSIA MENGHASILKAN KOMPOS CENDAWAN YANG BAIK


KOMPOS CENDAWAN , BAHAN MEDIA CENDAWAN , BONGKAH CENDAWAN


Kompos cendawan terdiri daripada 4 bahan asas adalah habuk kayu , serkam padi , kapur pertanian (coca ) dan air .

Adunan kompos ini mempunyai ratio yang disarankan iaitu 100:10:1 . Ada pengusaha yang lebih berpengelaman mengubah ratio mengikut kesesuaian pengusahaan mereka .

Oleh itu disarankan pengusaha yang baharu berjinak dengan pengusahaan cendawan hendaklah mengikut ratio dan bahan yang telah disaran .

Dengan pengelaman beberapa tahun dalam perusahaan cendawan ini , saya memperkongsikan kepada pembaca tips untuk mengkompos cendawan yang baik

MENGHASILKAN KOMPOS CENDAWAN YANG BAIK


PILIHAN HABUK KAYU YANG BAGUS 

Hasil cendawan yang premium datang dari proses permulaan yang baik . Komponen perkomposan cendawan adalah penting dan wajar mendapat perhatian yang wajar . Habuk kayu getah dan jenis kayu keras adalah amat baik untuk cendawan  .
Pemilihan habuk kayu memainkan peranan yang penting dalam perusahaan cendawan . 
Ciri-ciri yang harus dilihat adalah jenis kayu , warna kayu ( untuk memastikan habuk kayu sudah lama atau baru ) , saiz habuk kayu dan  keadaan habuk kayu samada terlalu basah atau tidak .
Habuk kayu hendaklah didapati dari kilang kayu dan amat tidak galakkan  dari kilang perabot  kerana habuk kayu tersebut kemungkinan besar sudah tercemar dengan bahan kimia . 

AIR YANG BERSIH SATU KEUTAMAAN

Air yang digunakan semasa mengadun kompos  cendawan memain peranan yang penting . Air yang digunakan hendaklah bebas dari sebarang pencemaran sebagai contoh bahan kimia  .
 Pengunaan air sungai , air tadahan hujan dan air masak adalah amat baik namun air paip tidak digalakkan . Namun ada sesetengah pengusahaan cendawan mengunakan air paip juga masih menghasil tuaian yang baik .  
Untuk pengusaha yang lebih advance , ada yang mengunakan pembaca PH untuk memastikan air tidak terlalu asid dan alkali . 

PENGUNAAN SERKAM PADI BERKUALITI

Pengunaan serkam padi yang baru dan tidak terlalu lama adalah amat digalakan . Serkam padi yang terlalu lama akan menyerupai tepung setelah sekian lama dan berubah warna dari warna kekuning ke warna gelap .
 Tambahan peringatan bahawa serkam padi harus dihindari daripada air , hal ini akan menyebabkan serkam padi menjadi berwarna hitam kecokletan seterusnya serkam padi menjadi rosak .
Serkam padi yang rosak hendaklah dibuang dan tidak diguna pakai kerana hasil kajian sendiri didapati bongkah rosak ketika dibilik peram . 

ADUNAN YANG IDEAL

Adunan kesemua bahan kompos bersama air haruslah sekata dan adunan mengikut ratio yang telah disarankan . Senantiasa pantau hasil kompos cendawam khuatir ada bahagian terlebih air dan kekurangan air . Dan jika ini berlaku ,  pengusaha  cendawan harus menglaku sedikit pengubahsuaian mengikut kewajaran masing .
Kesilapan semasa proses pencampuran kompos cendawan adalah pengusaha baru akan cuba mengkompos 100kg habuk kayu . Cara yang baik hendaklah dilakukan secara berperingkat dan tidaklah di adun sekali , sebagai permulaan sebanyak 30kg kayu terlebih dahulu dan ulang proses perkomposan  kompos cendawan . 

SELEPAS KOMPOS TERUS KUKUS

Kompos cendawan yang telah dimasukan didalam beg pp dan siap dipasang neck dan cap hendaklah dibawa ke bilik kukus . Bongkah cendawan berisi dengan kompos cendawan hendaklah dikukus setelah proses penkomposan .

Tempoh yang toleransi  untuk kukus cendawan hendaklah 1-2 hari selepas pengkomposan  jika lebih dari tempoh ini bahan kompos terlalu masam .

Sedikit sebanyak perkongsian diharap memberikan manfaatkan kepada pegusaha cendawan baru serta lama dan sebagai perkongsian bersama .



No comments

Powered by Blogger.