MALAS MENGUSAHA PROJEK CENDAWAN ? - CENDAWAN TIRAM KELABU

MALAS MENGUSAHA PROJEK CENDAWAN ?


CENDAWAN TIRAM KELABU

TANGANI KEMALASAN UNTUK MENGUSAHA CENDAWAN TIRAM KELABU

Mengusaha cendawan tiram kelabu bukannya mudah ada sahaja dugaan sepanjang perjalanan perusahaan ini .

Seperti mana perusahaan lain dalam tempoh 3 Tahun pertama mengusaha cendawan tiram kelabu adalah amat kritikal . Dalam tempoh  3 tahun pertama akan diduga dengan pelbagai cabaran seperti mengekalkan keperluan perusahaan , duit keluar masuk , kesedian stok cendawan segar  , karenah pembeli dan lain-lain.

Jika tidak dihadapi dengan cermat , bersabar dan waras nescaya dugaan-dugaan ini boleh mengugat perusahaan secara dalaman dan luaran .
Sebagai seorang pengusaha cendawan saya juga tidak lari dengan dugaan ini . Tidak kisahlah masalah kecil mahupun besar masing-masing membentuk siapa diri saya pada hari ini .

Sudah lazim jika menghadapi waktu sukar , kita akan merasa “down” seterusnya kita akan mula mempersoalkan moral dan tindakan kita selama ini .

Suara dalam diri senantiasa akan cuba untuk menjatuhkan moral , sebagai contoh “kenapa sibuk nak buat cendawan tiram ni ?” , “kenapa susah payah nak labur duit yang belum tentu dapat pulanganya “ , “bagus tidur dan tengok tv dari sibuk nak bacuh habuk kayu “  . “ kerja cendawan ini kotor “ suara-suara seperti ini akan lazim kedengaran bila mengusahakan perusahaan cendawan tiram kelabu ini.

Jika dibuat perbandingan semangat saya pada awal perusahaan hingga sekarang ternyata berbeza .
Dulu mula-mula mengusahakan projek tanam cendawan ini ,saya  sangatlah  bertenaga ; tekun memikir pasal rumah cendawan , membuat rumah cendawan , mencari tong drum untuk kukus cendawan , mencari benih , kol sana sini dan lain-lain .
Namun hingga satu masa  lama-kelamaan tenaga tersebut semakin berkurangan . Kekadang nak buat benda yang mudah mengambil masa yang lama   .

Sejak beberapa tahun mengusahakan cendawan ini , saya  simpulkan beberapa cara menerusi  pegalaman peribadi untuk meneruskan perusahaan cendawan ini secara santai dan konsisten .

BERINTERAKSI DENGAN ORANG SEKELILING


Mengusahakan cendawan tiram kelabu ini kekadang agak tepu perjalananya . Bagi pengusaha yang sudah lama berkecimpung dalam bidang cendawan ini saya pasti ada merasa tahap anda merasa “tepu” . Keadaan “tepu” ini merujuk kepada keadaan pengusaha sudah lali dan rasa tiada motivasi lagi untuk meneruskan perusahaan cendawan .

Ciri-ciri tepu :
  • Malas hendak buat bongkah on time .
  • Tidak rajin membersihkan keadaan rumah cendawan .
  •  Banyak skip langkah-langkah SOP penanam cendawan .
  • Tiada insiatif untuk membaiki diri dalam perusahaan cendawan .

 Seperti pengusaha lain saya juga tidak lari merasa bahawa perusahaan ini bakal “tepu” .Bagi menangani isu ini , saya gemar berkongsi dengan orang sekeliling mengenai perusahaan cendawan . Orang sekeliling boleh menjadi rakan sekerja , ahli keluarga, rakan facebook , rakan whataps dan blogers  .
 
PELANGGAN CENDAWAN TIRAM KELABU
"antara rakan yang menyokong perjuangan sebagai pengusaha cendawan "
Topik yang dikongsi dan dikupas adalah di dalam skop perusahaan cendawan . Sepanjang perkongsian , saya dapati banyak yang berminat mengenai perusahaan cendawan malah perkongsian ini boleh menjangkau berjam-jam umpama mini class mushroom.

Rata-rata soalanan adalah seperti “macam mana nak jaga cendawan ini ?” , “ bagaimana dengan permintaan cendawan ?” “Dimana dijual cendawan segar?” . Soalan dan isu mengenai cendawan yang dikongsi dan dikupas  secara tidak langsung mendidik dan mengajar diri sendiri untuk lebih baik dan ini akan membangkitkan lagi semangat untuk mengusahakan cendawan .

CARI INSPIRASI DAN MOTIVASI


Pada zaman sekarang amat mudah mencari pelbagai material untuk dijadikan motivasi dan insprasi yelah semua dihujung jari  . Pada awal pembabitan pelbagai buku motivasi dan video motivasi malah podcast yang saya simpan untuk bekalan sepanjang perjalanan mengusaha cendawan .

Didalam skop perusahaan cendawan pula , buku mengenai cendawan  sepertu buku “manual teknologi penanaman cendawan tiram kelabu”-mardi dan buku “the mushrooms cultivator” –by paul statmets j.s Chilton . Buku “manual teknologi penanaman cendawan tiram kelabu”-mardi adalah amat baik untuk perusahaan yang baru berkecimpung dalam perusahaan cendawan kerana isi kandunganya mudah dihadam , bahasa diguna tidak komplek dan mempunyai gambar rajah yang releven sebagai rujukan .


BUKU CENDAWAN
"buku ilmiah mengenai cendawan"
Manakala buku “the mushrooms cultivator” –by paul statmets j.s Chilton adalah untuk pengusaha medium ke advance . Untuk buku ini bahasa  yang digunakan agak komplek dengan bahasa teknikal yang berat , terlalu banyak dengan info  dan susun atur gambar rajah yang kekadang agak mengelirukan jika tidak diteliti dengan baik , namun keseluruhannya buku ini amat baik untuk mereka yang mahu mendalami ilmu dunia cendawan .

Tidak cukup dengan itu , saya sarankan pengusaha untuk melayari laman sesawang seperti blog , pinterest  ,youtube dan page-page facebook untuk dijadikan motivasi .
Anda boleh menlayari youtube untuk mencari lagu , ucapan motivasi yang berkualiti dan paling penting ia adalah percuma . 
Berikut merupakan individu yang menjadi inspirasi kepada saya adalah Jack ma dan Les brown .

MENCUBA PERKARA BARU


Melakukan perkara sama dan berulang-ulang adalah amat membosankan . Begitu juga dengan perusahaan cendawan ini. Pada mula perusahaan ini, saya asalnya ingin membuat sesuatu yang baru dan mencari sedikit duit belanja dan kini semua sudah dicapai . Dan apabila sudah tercapai maka nikmat berkurangan .
 
MESIN KOMPOS CENDAWAN
"mengunakan mesin mixer simen untuk gaul kompos cendawan"
Bagi menangani saya gemar mendedahkan diri dengan perkara baru namun masih didalam skop pengusahaan cendawan.
Antara perkara baru yang saya dekati adalah dengan membuat blog cendawan , memperbaiki kaedah pengkomposan cendawan , menguna pelbagai perangkap tikus , memantau produk cendawan segar di supermarket , melayari blog-blog perushaaan cendawan , belajar membuat benih cendawan dan belajar buat e book cendawan .

Aktiviti-aktiviti pelbagai ini akan menceriakan lagi perjalanan sebagai pengusaha cendawan disamping menambah ilmu .

 REHAT SEBENTAR


Jika cara diatas kebanyakanya membebankan dengan pelbagai aktiviti , cara yang terakhir ini amatlah santai .
Jadikan perusahaan cendawan ini satu riadah .

Boleh set dalam satu-satu bulan boleh rehat sebentar dari melakukan sebarang kerja berat perusahaan cendawan . Namun masih meneruskan
Kerja berat  perusahaan cendawan adalah membuat bongkah , membenih bongkah cendawan , membersih rumah cendawan namun masih meneruskan kerja ringan seperti menghantar stok cendawan segar dan memantau rumah cendawan .
 
BB MUSHROOM SALEM
"Lawatan sambil belajar ke BB Mushroom "

Jika kesempatan boleh luang masa untuk melawat farm cendawan lain .Dengan melawat farm pengusaha lain akan menambah motivasi anda . Disini berlaku perkongsian yang berkualiti disamping menambah networking anda sebagai pengusaha cendawan .

  Tambahan membenarkan orang untuk datang ke rumah cendawan  . Pasti anda terasa teruja apabila pengunjung kagum dengan rumah cendawan anda walaupun rumah cendawan saya tiadalah hebat manapun namun saya amat berpuas hati dengan reaksi pengunjung ke rumah cendawan . Apabila pengunjung habis melawat rumah cendawan saya  ia meninggalkan kesan positif untuk menambah baik rumah cendawan saya .

Ini adalah cara-cara personal yang saya applykan dalam perusahaan saya . Cara ini bukanlah bertauliah tapi secara pengelaman sebagai pegusaha cendawan .

Lain pengusaha mempunyai mekanisme sendiri untuk meneruskan perusahaan cendawan namun objektif yang sama iaitu memastikan kelangsungan perusahaan cedawan .

Saya harap perkongsian ini boleh menjadi suntikan semangat kepada perusahaan lain .








No comments

Powered by Blogger.