TIP HANGAT ! Kenapa anda perlu guna bongkah cendawan pendek !
Bongkah cendawan pendek (kiri) dan bongkah cendawan panjang (kanan) |
Pernah anda
terfikir adakah bongkah cendawan yang panjang dan pendek memainkan peranan penting
dalam perngusahaan cendawan anda ? Dahulu saya hanya belasah je janji bongkah
cendawan padat dan mampat . Namun
setelah melawat ke beberapa ladang di Kelantan pandangan saya berubah . Saya
didedahkan dengan beberapa penemuan yang saya sendiri tidak terfikir selama ini
. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih pada encik Wan Munif dari
Bimbo yang telah membantu secara tidak langsung dan melayan karenah saya
sepanjang lawatan di Kelantan .
Pada mula
pengusahaan saya , saya hanya didedahkan cara pembuatan bongkah cendawan namun
tidak begitu mendalam . Kini saya mula sedar bahawa ilmu pengusahaan cendawan
ini amat luas dan ilmu ada pada saya hanya sebutir pasir . Saya berharap
perkongsian sedikit ini akan membantu anda menjadi pengusahaan cendawan yang
lebih baik .
BERIKUT KENAPA ANDA PERLU TUKAR DARI BONGKAH CENDAWAN YANG PANJANG KE BONGKAH CENDAWAN PENDEK
BONGKAH CENDAWAN PENDEK JANA BANYAK BONGKAH CENDAWAN
Saya
dimaklumkan pengusahaan kawan-kawan di Kelantan lebih gemar mengunakan bongkah
cendawan yang lebih pendek kerana dari aspek kos dan jumlah bongkah . Bongkah cendawan yang pendek mampu menjana
bongkah cendawan yang banyak dan jika disimpulkan ini amat benar .
HASIL TUAIAN ADALAH SAMA DENGAN BONGKAH PANJANG
Pada
asalnya saya agak ragu-ragu dengan prestasi bongkah cendawan ini . Bagaimana
pula dengan jumlah hasil tuaian ? Saya dimaklumkan rata-rata memberitahu
bongkah yang pendek menghasilkan tuai yang sama justeru amat membazir habuk
kayu jika hasil tuai bongkah yang panjang adalah sama dengan pendek .
JANGKA HAYAT YANG LEBIH KURANG SAMA
Jangka
hayat bongkah yang pendek dimaklumkan adalah lebih kurang sama dengan yang
panjang iaitu sehingga 3 bulan atau dalam erti kata lain sehingga 7 kali tuaian
. Hal ini mengikut cara penjagaan pengusaha itu sendiri , ada pengusaha guna teknik rehat 7-10 hari dan
ada pula guna teknik buka sahaja . Bagi yang mengunakan teknik rehat 7-10 hari sedia
maklum bahawa jangka hayat bongkah cendawan adalah lebih lama berbanding dengan teknik teknik buka sahaja .
MENJIMATKAN JUMLAH HABUK KAYU
Bongkah
cendawan yang pendek mengunakan kadar habuk kayu yang lebih rendah berbanding
bongkah panjang justeru ini menjimat kos dan habuk kayu . Habuk kayu sekarang
(habuk kayu dikawasan saya agak susah nak cari harga kasih sayang rata-rata
harga agak tinggi ) oleh itu bagi menjamin kemampanan bisnis cendawan adalah
amat disaran pengunaan bongkah cendawan yang pendek .
BONGKAH PENDEK SENANG BUAT BERBANDING BONGKAH PANJANG
Proses
membuat bongkah cendawan adalah paling rumit sekali . Para pengusaha yang
membuat bongkah cendawan secara manual iaitu hanya mengunakan kudrat tanpa
bantu mesin memang perit sekali . Sebagai contoh hendak membuat sebanyak 1000
bongkah , bukan main payah nak buat noh . Yelah nak isi pp plastic secara
manual , hentak dan pasang cap/neck bukan perkara mudah . Saya dapati membuat
bongkah yang lebih pendek memudahkan urusan kerja kerana bongkah pendek mudah
dipegang dan diselengara .
Baik berikutlah
recap semua tip-tip kenapa anda perlu guna bongkah pendek;
- Bongkah cendawan pendek membantu anda menghasilkan lebih banyak bongkah cendawan.
- Hasil tuaian bongkah yang sama.
- Menjimat kos dari aspek pengunaan habuk kayu.
- Jangka hayat bongkah yang sama.
- Membuat bongkah cendawan pendek adalah lebih mudah dari bongkah cendawan panjang .
Kesimpulanya
, saya berharap perkongsian ini mampu menjadi idea kepada pengusahaan cendawan
anda. Sedikit perkongsian ini adalah satu pengajaran kepada diri saya dan
sedikit sedekah ilmu kepada pelawat blog saya .
Sekian
terima kasih.
Cosmas
moses Boniface
Tolong minta kontik no tuan
ReplyDeleteterima kasih perkongsian
ReplyDelete